Kamis, 17 Maret 2011

tentang aKu

Di suatu hari di musim bunga seorang pengembara sedang menikmati pemandangan indah di sepanjang perjalanannya. Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah  di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.

Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang semakin terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.
Dalam keletihan itu, dia ternampak  rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang dia susuri iutu.  Dia lantas memutuskan untuk singgah sebentar di situ.  Setelah mengetuk pintu beberapa kali, pintu akhirnya dibuka oleh seorang budak perempuan yang sungguh comel.

Pemuda itu menceritakan yang dia sedang mengembara, perjalanannya masih jauh dan dia merasa terlalu dahaga dek panas terik sepanjang perjalanan.  Dia amat berharap   budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu meminta diri dan bergegas ke dapur.  Dia kembali semula mendapatkan pemuda tersebut bersama segelas susu. Dia bukan sekadar membawa air tetapi segelas susu!
Dia merasakan pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.
“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.
Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”tutur anak comel itu teratur dan penuh sopan.
Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.